23 June 2016

ISTERI SELAMAT BERSALIN - GJIE 6IXTH SENSE TIMANG 'BABY GIRL'



Sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama anggota Akim & the Majistret semalam, Gjie 6ixth Sense sempat menemani isterinya, Farah Nabila melahirkan anak sulung mereka kelmarin.

Gjie dan isteri sepakat menamakan Raisya Malaeka kepada anak perempuan mereka yang lahir pada jam 6.25 pagi dengan berat 2.5kg.





"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah sempat berada di sisi isteri semasa melahirkan anak sebelum berangkat mengerjakan umrah esok (22 Jun). Raisya Malaeka Bt Mohd Faiz Azizi | 6.25 am | 2.5 kg.

"Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan & semua yang mendoakan. Tak lupa juga untuk nurse-nurse di hospital pakar annur & Dr. Khamsiah Hj Muda," ujar Gjie di laman IGnya.

Tahniah diucapkan buat Gjie dan isteri!

--- IKLAN ---













         ________________________





No comments: