22 June 2016

AMENG ATASI KEMURUNGAN DENGAN KHATAM AL-QURAN LEBIH 100X DI PENJARA



Jika dahulu dirinya buta Al-Quran namun sekarang Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, sudah boleh mengkhatam Al-Quran serta menjadi guru kepada 40 anak murid ketika di penjara.

Ameng yang mengakui mengalami kemurungan pada tahun pertama menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah, mula belajar membaca sehingga khatam lebih 100 kali adalah selepas mendapat nasihat seorang pegawai penjara bernama Ramli dan semangatnya mula bangkit dengan mendalami ilmu agama.



-- IKLAN --




"Nak senyum pun tak berdaya. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Ketika solat menangis, malah ketika nak makan pun menangis.

"Tiada kawan untuk bercakap dan mengadu. Saya bagaikan hilang keyakinan diri kerana membayangkan suatu masa nanti boleh jadi gila dengan keadaan begitu.



"Setiap hari saya akan cari seorang daripada banduan yang pandai mengaji dan minta dia mengajar. Saya akhirnya berjaya khatam al-Quran dalam tempoh empat bulan dan dalam tempoh itu juga saya mampu mengajar orang lain," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada April 2011 atas tiga kesalahan, dua daripadanya kes memiliki dadah.

Namun beliau dibebaskan dari Penjara Kluang semalam selepas diberi pengampunan kerana menunjukkan kelakuan dan disiplin yang cemerlang.



Sumber: MMO



         ________________________





No comments: