17 June 2016

ANAK LEBIH DULU KE TANAH SUCI - SAIDA GEMBIRA, TERHARU



Kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saida merasa gembira dan terharu apabila anak-anaknya terlebih dulu bakal menunaikan umrah daripadanya.

Difahamkan, anak-anaknya itu akan berangkat ke Mekah bersama bekas suami empat hari lagi dan dijangka pulang ke tanah air pada 2 Julai.

"Yang buat hati saya sangat seronok kerana dua orang anak saya akan menunaikan umrah. Mereka pergi bersama bapa mereka. Sebagai ibu, saya gembira kerana mereka dapat jejak kaki lebih dulu daripada saya.





"Saya juga mempunyai impian mahu ke sana tapi mungkin belum ada rezeki lagi. Biarlah, anak-anak dulu dan saya doakan yang terbaik untuk mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ditanya perkembangan karier pula, kata penyanyi yang popular melalui AF6 itu, dia kini sibuk mempromosikan single duetnya bersama Maya (Matahari) berjudul Setia. Lagu tersebut merupakan ciptaan Adi (6ixth Sense).






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Allhamdulillah Ramadan kali ini, rutinnya berbeza sikit kerana selalunya sepanjang sebulan saya mengambil kesempatan menjalani ibadah puasa dan meluangkan masa bersama anak-anak. Tapi tahun ini saya ada juga menerima beberapa undangan persembahan di majlis berbuka puasa.

"Saya harap lagu duet saya dan Maya ni akan terus dapat sambutan. Sekarang ni pun saya memang banyak membuat persembahan bersama dia. Saya selesa bergandingan dengan dia," tambahnya.



Bercerita lanjut, kata Saida tahun ini persiapan Aidilfitri lebih meriah apabila gilirannya pula beraya bersama anak-anak. Mereka sekeluarga akan pulang beraya di Kuala Lipis, Pahang.

"Jadi suasana tu tentunya lebih meriah dengan pelbagai kerenah anak-anak saya yang semakin membesar. Misalnya kalau beli baju raya tu, masing-masing sudah punya citarasa sendiri jadi saya ikutkan sajalah pilihan mereka," katanya.

Untuk rekod, Saida mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ghazali Yahya Zikri namun bercerai dengan cara tebus talak pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.



Sumber: MD - Foto Saida IG



         ________________________





No comments: