16 June 2016

"DULU BERDUA SEKARANG BERTIGA" - RONNIE HUSSEIN TERUJA SAMBUT RAYA



Ronnie Hussein yang dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Raisya Umaira pada bulan Mei lalu setelah 8 tahun menanti, berasa teruja untuk menyambut Aidilfitri kali ini kerana suasananya akan bertambah meriah dengan kehadiran kecil ini.

"Ramadan, kebiasaannya saya akan sibuk dengan memenuhi undangan berbuka puasa dan juga membuat persembahan nyanyian. Namun saya akui bulan puasa tahun ini benar-benar memberikan kelainan buat diri saya dan isteri sebab sudah bertiga, sebabnya puasa tahun lalu kami hanya berdua saja.





"Jadi bulan puasa tahun ini juga saya ada rutin yang baru, di mana saya akan mengambil alih tugas isteri dengan menjaga anak kami, Raisya Umairah pada sebelah malam dengan membancuh susu dan memastikan lampin anak bersih, anak masih kecil lagi dan belum pandai bercakap, selain menangis itulah saja caranya berkomunikasi. Selain itu juga, saya akan masak untuk isteri sementara dia dalam proses berpantang," ujar Ronnie dipetik sebagai berkata.

Menyentuh mengenai persiapan raya pula, Ronnie ada menyatakan, barangan anak sudah siap dan tidak mahu persiapan di saat akhir.




INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Untuk anak, telah saya persiapkan sebelum bulan puasa lagi kerana saya tidak mahu persiapan di saat-saat akhir, takut ada yang tertinggal pula. Baju dalam dua pasang ke tiga pasang, sementara itu barang kemas seperti gelang pun ada," jelasnya tersenyum.

Dalam perkembangan lain pula, Ronnie akan menyusun strategi baru untuk projek solonya dalam arena seni muzik selepas hari raya nanti.


Sumber: Media Hiburan
Foto: Ronnie IG


         ________________________





No comments: