16 June 2016

13 GAMBAR - AKSI PRE-WEDDING AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH



Aksi menarik Azwan Kombos dan bakal isterinya, Ezzaty Abdullah dalam sesi foto pre-wedding mereka yang diadakan di sebuah pulau di Melaka.

Untuk info, Azwan dan Ezzaty akan melangsungkan pernikahan mereka pada 16 Julai depan.

Selepas melangsungkan majlis merisik di kediaman keluarganya di Bentong, Pahang pada Mac lalu, Ezzaty berkata ramai pihak mahu menaja perkahwinan mereka.





"Persiapan untuk majlis perkahwinan hampir 100 peratus siap. Cuma ada beberapa masalah kecil seperti urusan kad kahwin dan baju kahwin yang masih diuruskan.

"Kami selektif dalam hal ini, tak mahu dan rasa tak seronok jika semuanya ditaja. Memang ada penaja tapi bukan 100 peratus. Kami pun kena fikir kos yang mereka akan keluarkan. Ada tajaan itu yang kami bayar separuh. Macam baju kahwin, kawan Azwan sendiri iaitu Arief Shah yang akan sediakan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Difahamkan, pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis pernikahan dan diikuti dengan persandingan pada sebelah pagi yang diadakan di Bentong Pahang. Pada keesokan harinya, satu majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur.

"Untuk majlis di Sabah sebelah Azwan masih dalam perbincangan. Ibu Azwan mahu merealisasikannya. Saya pun sebenarnya teringin nak mengenakan busana suku kaum Bajau untuk majlis kahwin kami nanti," jelas Ezzaty.

Selamat berbahagia diucapkan buat mereka!








INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO




















Sumber: Berita Harian
Foto: Azwan IG, Ezzaty IG & kaki5photo IG



         ________________________





No comments: