16 June 2016

MUNTAH LEPAS BERBUKA - EZAD LAZIM BAKAL DIBEDAH



"Saya disahkan ada keradangan di hidung atau dikenali sebagai sinus dan sekarang saya hanya makan ubat dahulu untuk melihat reaksi keradangan tersebut.

"Sebenarnya, saya baru dapat tahu bulan lalu, saya mengalami jangkitan apabila sering mengalami selsema, sakit kepala dan beringus. Inysa-Allah pada bulan Ogos depan saya akan menjalani pembedahan.





"Buat masa ini saya masih dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa, cuma bila lepas berbuka itu saya muntah dan perut dah tak boleh terima makanan lagi.

"Di fasa ini saya tak teruk lagi, tak adalah sampai pengsan, cuma ada sakit di ulu hati sebab kesan makan ubat. Jadi, bila masuk bulan puasa saya akan skip dari pengambilan ubat," ujar Ezad Lazim mengenai penyakitnya.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Sehubungan itu, dia bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital Ampang, selepas hari raya depan.

Selanjutnya mengenai Ramadan tahun ini, kata Ezad dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga termasuk memenuhi undangan berbuka puasa.



"Puasa tahun ini tentulah saya suka waktu berbuka puasa dan sahur bersama keluarga, ada masanya kami sekeluarga juga akan solat tarawih bersama. Berbeza dengan bulan puasa tahun lalu, tahun ini lebih terisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama peminat dan anak-anak yatim," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada Media Hiburan.

Untuk makluman, Hari Raya nanti Ezad akan pulang beraya dikampungnya di Alor Setar, Kedah.


Foto: Ezad IG


         ________________________





No comments: