Sebelum ini, setiap gosip percintaan yang membabitkan dirinya dan juga bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi sering dinafikan oleh Erra Fazira termasuklah yang terbaru iaitu bakal melangsungkan pernikahan dengan Shahir selepas Aidilfitri.
Tetapi kali ini berbeza apabila Shahir sendiri telah tampil mengakui bahawa dia mempunyai hubungan dengan Erra dan hubungan tersebut telah pun direstui kedua-dua belah keluarga mereka.
Shahir yang tanpa menidakkan atau mengiyakan gosip yang bertebaran, memberitahu sudah sampai masanya dia mengambil pendekatan terbuka mengenai soal hubungannya dengan Erra.
Lantas, mengambil tanggungjawab sebagai lelaki paling rapat di hati bintang jelita itu, Shahir memberitahu yang dia mengharapkan doa yang baik agar apa yang dimahukan dalam konteks hubungannya dengan Erra, berakhir dengan penamat indah.
"Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja... Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota,
INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO
"Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.
"Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius. Saya hanya mampu serah pada Tuhan. Insya-Allah. Doa yang baik saja saya harapkan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Dalam perkembangan terbaru, Shahir yang sekian lama menyepi berkata yang dia akan membuat 'comeback' tetapi dalam bidang lain. Namun, Shahir mahu membiarkan ia menjadi tanda tanya.
Terdahulu, hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan apabila kedua-duanya mula rapat sejak dua tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment