17 June 2016

TARIKH KAHWIN - FAUZIAH LATIFF & KEKASIH MASIH SIBUK



"Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai," demikian kata Fauziah Latiff, 45, mengenai tarikh perkahwinannya dengan kekasih yang belum ditetapkan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Terdahulu, Fauziah pernah memberitahu media akan melangsungkan perkahwinannya sekitar tahun lalu selepas beberapa kali tertangguh. Tarikh perkahwinan tersebut terus menjadi tanda tanya peminat berikutan penyanyi itu sebelum ini mendedahkan bakal berkahwin dengan seseorang.





Bagaimanapun, penyanyi yang mesra disapa Jee ini enggan bercerita lanjut mengenai perkara itu termasuk lelaki yang berjaya menambat hatinya selepas bercerai dengan Johan Indot kira-kira sembilan tahun lalu.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Fauziah sebelum ini pernah dua kali mendirikan rumah tangga namun menemui kegagalan.

Perkahwinan pertamanya dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail berlangsung pada 1992, namun mereka berpisah selepas tiga tahun.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Lima tahun kemudian, Fauziah kembali mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Johan Indot, di London.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Jeffri Joaquim, 18, dan Jeremy Jay, 16.

Mengenai perkembangan terbaru, Fauziah kini tampil dengan single terbarunya berjudul 'Takdir Cinta' selepas enam tahun tidak mengeluarkan lagu baru. Lagu itu dicipta Sharon Paul manakala liriknya diilhamkan Fedtri Yahya.



Istimewanya, 'Takdir Cinta' turut diangkat sebagai lagu tema drama bersiri TV3, 'Seindah Takdir Cinta' lakonan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli.

Menurut Fauziah, perasaan gementar datang ketika hendak merakam lagu itu berikutan sudah lama tidak memasuki studio rakaman.

"Mujur Sharon ada di sisi untuk membantu kerana lagu ini agak berat walaupun liriknya ringkas.

"Rakaman berlangsung selama tiga hari dan sebelum bermula, saya berlatih menyanyi lagu itu beberapa kali sehingga berpuas hati," jelasnya.

Menurut Fauziah, Takdir Cinta juga hadiah kepada peminatnya yang sudah lama dahagakan lagu baru daripadanya.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: