18 June 2016

SOAL ANAK: "KAMI TAK TERTEKAN, SABAR MENANTI" - ATILIA



"Ibu saya (penyanyi Salamiah Hassan) orang yang paling tidak sabar menunggu zuriat daripada saya. Kami sendiri sudah bersedia bila-bila saja untuk menambah anggota keluarga kerana saya dan suami bukannya muda lagi," demikian kata Atilia Haron, 42, yang sudah hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga dengan suami, Adam Sofian namun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sering ditanya soal anak, Atilia atau nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron berkata yang mereka tidak rasa tertekan dengan perkara itu sebaliknya setiap pertanyaan daripada orang sekeliling dihadapi dengan tenang.





"Bagaimanapun, ia tidaklah terlalu memberi tekanan kepada kami kerana saya yakin semuanya sudah ditetapkan Allah SWT. Apa yang dapat kami lakukan ialah terus berusaha, bersabar dan berdoa. Wanita mana yang sudah berumah tangga tidak mahukan anak apatah lagi ini perkahwinan kedua saya.

"Saya sudah lali ditanya mengenai anak tetapi tak adalah saya nak marah kerana sekurang-kurangnya mereka mengambil berat dengan saya dan setiap pertanyaan tu menjadi doa buat saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, kata Atilia yang ibunya turut terkena tempias yang membuatkannya terpaksa menjawab soal ketiadaan anak bagi pihaknya.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Kasihan ibu, tetapi saya bersyukur kerana dia kini sudah ada seorang cucu iaitu anak adik saya (Raja Ahmad Shah). Ibu sangat gembira kerana sudah ada yang memanggilnya nenek. Bagaimanapun, dia tetap menantikan cucu daripada saya selaku anak sulungnya. Insya-Allah, doakan saya segera dikurniakan cahaya mata," jelasnya.

Disebabkan mahukan anak, Atilia memperlahankan sedikit aktiviti seninya selepas berkahwin dengan Adam.

"Memang saya 'geram' melihat kanak-kanak dan saya akan terus menunggu sehingga detik itu tiba," katanya.



Sementara 'menunggu' insan kecil itu muncul dalam hidupnya, Atilia mengalih fokusnya dengan memberi tumpuan kepada perniagaan pusat yoga iaitu Yoga One That I Want yang kini mempunyai tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang.

Dia bersyukur pusat yoga itu mula mendapat perhatian mereka yang ingin mencuba senaman berkenaan malah dia sendiri bertindak sebagai jurulatih di beberapa cawangan.

"Alhamdulillah, saya bermula secara kecil-kecilan dan siapa sangka kini sudah ada tujuh cawangan. Insya-Allah ia akan terus berkembang," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Atilia baru muncul dengan single berjudul 'Aku Curiga', nyanyian asal Salamiah yang sudah dimainkan di stesen radio. Dia kini dalam persiapan untuk melancarkan album penuh ketiganya memuatkan 10 lagu.

Walaupun jualan album terus merudum, kata Atilia, dia tidak berapa gemar menerbitkan single demi single kerana tiada kepuasan dalam berkarya.

"Saya tetap akan menerbitkan album penuh yang mempunyai cerita lengkap daripada awal sehingga akhir. Faktor jualan album yang terus tidak mendapat sambutan tidak menggugat hasrat menghasilkan album penuh kerana saya pentingkan kepuasan dan kualiti," tambahnya.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: