18 June 2016

SELEPAS RAYA - NORA DANISH & NEDIM NAZRI BAKAL NIKAH



Tahun ini merupakan tahun terakhir buat Nora Danish yang sudah tujuh tahun hidup bersendirian. Nora yang bercinta dengan Nedim Nazri hampir tiga tahun itu memaklumkan bahawa dia kemungkinan akan menamatkan zaman jandanya selepas sambutan Aidilfitri.

"Selepas raya, saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun ini kerana usia pun dah 34 tahun.

"Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi. Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua," ujar Nora dipetik sebagai berkata.





Dalam pada itu, ibu kepada Putra Rayqal Rizal Ashram, 7, berkata kebiasaannya setiap malam raya dan hari raya pertama sudah menjadi kewajiban menyambut Aidilfitri di kediaman keluarga bekas mertua dan andai dia mendirikan rumah tangga kelak, pasti rutin tersebut akan berubah.

"Biasanya pada malam raya dan hari raya pertama, saya akan berada di kediaman keluarga bekas mertua kerana anak Putra Rayqal ada di sana.

"Saya hanya mempunyai seorang anak dan dia merupakan cucu pertama dalam keluarga bekas mertua. Justeru, diwajibkan setiap kali hari raya Raqyal perlu ada bersama datuk dan neneknya untuk berkumpul dengan semua sepupu.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Jika tidak pergi bermakna saya terpaksa berpisah dengan anak pada hari raya. Bagi saya perkara itu sangat mustahil. Walaupun tiada lagi hubungan perkahwinan, tidak salah untuk ke sana kerana mertua ibarat ibu dan bapa sendiri.

"Apa yang penting niat, lainlah jika telah berkahwin kelak, sudah pasti saya akan mengutamakan suami tercinta terlebih dahulu dan rutin itu pasti akan berubah," jelasnya

Apa pun, kita doakan semoga segala persiapan majlis pernikahan pasangan ini dipermudahkan segala urusan dan berjalan dengan lancar.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: