18 June 2016

RAIH LEBIH RM500K - AZNIL TAK SANGKA & TERKEJUT PRODUK BEGITU LARIS



Datuk Aznil Hj. Nawawi, 54, yang baru hampir sebulan melancarkan produk kecantikannya yang diberi nama Anell, berasa terkejut dan tidak menyangka bahawa produk yang berharga RM199 itu telah terjual sebanyak 3,000 unit.

Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil berkata buat masa ini sedang menunggu untuk proses pengeluaran kedua.





"Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai. Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual," ujar Aznil dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Aznil berkata antara kunci kekuatan produk tersebut adalah formula bagaimana dirinya mampu kelihatan tegang dan mulus yang telah diamalkannya selama empat tahun sebelum ini.

"Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu. Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus," jelasnya.




INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO




Sumber: MMO




         ________________________





No comments: