19 June 2016

IDENTITI BAKAL ISTERI - ZAMANI SLAM MAHU RAHSIAKAN DAHULU



Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 45, sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya.

Ketika diasak soalan mengenai identiti bakal isterinya, Zamani bagaimanapun enggan mendedahkan sebaliknya mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal isterinya itu dan akan memaklumkannya bila tiba waktunya.

Ini kerana penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' yang mengakui sudah lama berkawan dengan bakal isteri itu enggan terburu-buru menguar-uarkan perancangan perkahwinannya kerana bimbang tidak menjadi kenyataan.





"Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini.

"Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini.

"Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga. Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini.




INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kata Zamani, sebelum menjadi suami, dia ingin memastikan dirinya betul-betul bersedia untuk menjalankan tanggungjawab itu.

"Masih banyak lagi perkara berkaitan diri yang perlu saya betulkan. Saya pernah hanyut, jadi bukan senang untuk kembali. Saya masih perlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Saya mencari calon isteri yang boleh menerima diri saya seadanya.

"Tidak semua wanita memahami dan menerima keadaan saya. Seboleh mungkin, dia juga tidak melihat saya sebagai artis kerana banyak risiko yang akan dilalui apabila memilih untuk melayari bahtera rumah tangga," jelasnya.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: