27 June 2016

ANAK USIA 2 BULAN - BRONT PALARAE SERONOK JADI BAPA



Sebagaimana Rosyam Nor satu ketika dulu yang amat berahsia mengenai keluarga, Bront Palarae seolah mengikut jejak Rosyam apabila tidak begitu gemar berkongsi cerita kehidupan peribadinya.

"Orang nak tahu saya ini sudah kahwin atau belum. Ada yang fikir belum sedangkan saya sebenarnya sudah pun beristeri. Namun ada sebab mengapa orang panggil itu sebagai hal peribadi. Untuk disimpan sendiri.

"Kalau saya tayang kepada umum, tak jadi hal peribadilah lagi," ujarnya yang mengaku sering menerima pertanyaan sama ada benar dia sudah berkahwin termasuk disoal mengenai anak.





"Tak adalah setiap kali bila ditanya, saya nak jawab terutama di laman sosial. Tetapi secara umumnya saya ada sesekali akan menjawab persoalan mereka dengan cara saya sendiri.

"Ada benda yang saya tunjuk tetapi ikut kesesuaian keadaan. Tak adalah saya nak jawab kesemuanya sekali," tambahnya yang bersyukur kerana isterinya memahami tugas dan kerjayanya sebagai seorang aktor.

"Alhamdulillah saya dikurniakan isteri yang faham saya berada dalam ruang ini. Setuju atau tidak, suka atau tidak, dia akan faham.




--- IKLAN ---



"Dalam kerjaya saya, walaupun kita cuba mengelak, ada ketika berlaku juga sentuhan antara bukan muhrim sebagai contoh, dan itu adalah sebahagian daripada kerja saya.

"Itu terpulang bagaimana pasangan kita nak kendalikan dan terima hal itu namun bagi saya berbalik kepada tahap kematangan seseorang.

"Kami sudah lama kenal antara satu sama lain, sudah bercinta sejak 2003 lagi. Jadi seharusnya dia sudah kenal saya bagaimana dan saya kenal dia bagaimana," katanya.



Untuk info, dia kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya yang kini berusia dua bulan.

"Saya rasa pengalaman sebagai bapa adalah menyeronokkan. Namun pada masa yang sama, saya masih lagi tak percaya yang saya kini sudah ada anak.

"Setiap hari terfikir, oh aku sudah ada anak. Juga menjadikan paksi kehidupan saya kini sedikit berubah. Sebelum ini cuma ada isteri, kini segala keputusan yang saya buat kenalah melibatkan si kecil itu.

"Memang tak dinafikan, apabila sudah ada anak, memang anak sajalah yang saya fikir. Itu belum nanti dia sudah besar, pergi sekolah dan sebagainya. Pendek kata, memang banyak yang saya perlu kendalikan dan setiap hari adalah proses belajar untuk saya menjadi bapa yang baik," jelasnya dipetik melalui Utusan.



Sumber: Utusan - Foto: BP IG


         ________________________





No comments: