26 June 2016

IMPIAN ADIK SYAIRAH JUMPA JIHAN MUSE TERCAPAI



Impian seorang kanak-kanak yang menderita ketumbuhan otak sejak dua tahun lalu, Nur Syairah Mohd Zaidi, 7, yang teringin bertemu dengan artis kegemarannya, Jihan Muse akhirnya tercapai.

Adik Syairah kelihatan teruja sekali sebaik saja melihat kehadiran Jihan yang ditemani suaminya, Ungku Hariz Faizal di rumahnya yang terletak di Masjid Tanah, Melaka petang semalam.





Dalam pada itu, kata Jihan, keinginan untuk melawat Syairah sudah lama terdetik di hatinya sebaik sahaja dimaklumkan BH mengenai hasrat kanak-kanak itu yang ingin bertemunya.

"Hasrat itu bagaimanapun, tertangguh kerana ketika itu berada di Jepun menjalani penggambaran.

"Alhamdulillah kerana akhirnya saya berpeluang bertemu adik Syairah. Paling mengujakan, hanya dengan mendengar suara, dia mengetahui kehadiran saya.

--- IKLAN ---



"Sedih melihat kesakitan yang terpaksa ditanggungnya. Saya memohon kepada orang ramai untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.

"Saya juga berdoa moga Allah memberikan kekuatan kepada ibunya, Nor Azleha Bakar untuk tabah mengharungi ujian ini," ujar Jihan yang pernah memenangi 'Artis Komedi Popular BH', 'Anugerah Bintang Popular BH' (ABPBH) 2013.

Syairah yang pernah melalui tiga siri pembedahan meluahkan hasratnya untuk bertemu Jihan selepas menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Ketumbuhan pada otaknya itu kini berada pada peringkat keempat dan segala rawatan untuknya sudah dihentikan.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: