26 June 2016

PERBEDAHAN TEBUK BADAN - HAFIZ HAMIDUN SUDAH SERIK



Hafiz Hamidun, 32, yang baru-baru ini menjalani pembedahan membuang air dalam paru-paru disebabkan pneumonia yang dilaluinya menyifatkan pengalaman tersebut sangat mengerikan.

Ini kerana menurut Hafiz, walaupun dibius, dia masih dapat merasai sesuatu yang tebal seperti pen dimasukkan ke tulangnya ketika doktor menebuk belakang badannya.

"Saya tak tahu bagaimana untuk menggambarkannya, tetapi ia sangat mengerikan. Walaupun dibius, saya masih dapat merasakan sesuatu dimasukkan dalam badan.





"Lebih membuatkan saya cemas apabila doktor memberitahu tersalah tebuk untuk kali pertama dan kedua. Mujur untuk kali ketiga, doktor menebuk tempat yang sepatutnya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah penyanyi lagu 'Jodoh Berdua' itu, kira-kira 1.5 liter air dikeluarkan dan kini paru-parunya mempunyai kira-kira 600 mililiter air.

Selepas menjalani pembedahan itu, Hafiz terpaksa menahan rasa tidak selesa selama lima hari apabila perlu tidur dalam keadaan tiub yang masih dipasang.

--- IKLAN ---



Terdahulu, Hafiz dimasukkan ke sebuah hospital pada 5 Jun lalu selepas berulang kali demam apabila sering bercuti ke luar negara tanpa pengambilan makanan tambahan, selain kerap menjalani aktiviti di luar.

Hafiz dimasukkan ke wad selepas bacaan platelet darahnya mencatat penurunan sedangkan suhu badan masih panas.

Disebabkan penyakit itu, berat badan Hafiz susut mendadak sehingga 10 kilogram berbanding berat asalnya iaitu 62 kilogram.



Hafiz juga menganggap, kesakitan yang dilaluinya itu mengajarnya supaya menghargai diri.

"Pengalaman sakit itu membuatkan saya serik dan tidak mahu melalui proses pembedahan seperti itu lagi.

"Saya terpaksa menjalani pemeriksaan sinar X dan diambil darah setiap hari, selain perlu mengambil ubat yang banyak untuk memastikan tubuh kembali sihat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini sedang mempromosikan single baharunya berjudul 'Marhaban'.



Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: