26 June 2016

ISTERI BERI LAMPU HIJAU - AJAK SHIRO ENGGAN TAMBAH



Ajak Shiro memberitahu bahawa isterinya, Nur Afifah Amin memberi kebenaran untuknya berkahwin satu lagi, namun baginya kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah dia temui, jadi dia menolak dengan baik peluang yang diberikan itu.

"Orang rumah (isteri) pernah menyuarakan hasrat memberikan kebenaran kepada saya menambah cawangan (isteri), namun saya berpendapat, kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah saya temui. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berkahwin satu lagi.





"Tipulah sekiranya saya tidak punya keinginan untuk berkahwin lain, namun saya perlu berhati-hati, adakah wanita yang bakal saya kahwini itu menyayangi seikhlas hati seperti isteri dan bukan bersandarkan populariti semata-mata.

"Sudah menjadi lumrah, apabila dilarang, kita terasa seperti ingin melanggar perkara itu. Jadi apabila diberikan lampu hijau, keinginan itu hilang pula," ujar Ajak dipetik sebagai berkata.

Yelah... suami mana yang tidak gembira apabila isteri memberi kebenaran untuk bermadu. Tak gitu?

--- IKLAN ---












Sumber: BH Plus



         ________________________





No comments: