26 June 2016

ISTERI SELAMAT BERSALIN - TMJ SAMBUT ANAKANDA PERTAMA



Tahniah kami ucapkan buat Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam yang menyambut kelahiran anakanda pertama mereka pagi semalam.

Isteri TMJ Tunku Ismail selamat melahirkan seorang puteri di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, pagi semalam.





"Jumaah Majlis Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menurut Abdul Rahim, Che Puan Khaleeda dan puteri Tunku Ismail berada dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk makluman anda, TMJ Tunku Ismail diijabkabulkan dengan Che Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014 di Istana Bukit Serene, Johor.

--- IKLAN ---



Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...