25 June 2016

"KERANA SUAMI, SAYA KINI RAJIN 'PASANG BADAN'" - SHARIFAH SHAHORA



Selepas peristiwa rumahtangganya bersama pengarah filem, Raja Mukhriz berantakan tahun lalu, Sharifah Shahora, 41, memberitahu yang dia kini semakin mementingkan soal kecantikan diri dan pemakaian.

Ini kerana kata Shahora, apa yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menggembirakan hati suaminya kerana tidak mahu kejadian serupa berulang lagi pada masa hadapan.

"Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia. Saya juga kini rajin 'pasang badan' untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Pada tahun lalu, Shahora bertindak mendedahkan di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya mengenai kecurangan suami yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita. Kejadian tersebut membuatkan rumah tangga mereka dingin ibarat retak menanti belah.

Dalam pada itu, Shahora berkata, Ramadan tahun ini menyaksikan dia tidak dapat berpuasa bersama suaminya itu kerana Raja Mukhriz kini berada di Sabah untuk menjalani penggambaran.

Bagaimanapun katanya, pemergian suami ke sana banyak mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri walaupun berjauhan.

--- IKLAN ---



"Dulu kalau nak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami.

"Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi Insya-Allah hari raya nanti dia akan pulang," jelasnya.

Mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Shahora berkata, persiapan dilakukan secara sederhana namun mengakui sibuk terpaksa menguruskan pelbagai urusan tanpa bantuan suaminya.



Malah katanya, baju Melayu dan jubah untuk Raja Mukhriz juga dipilihnya sendiri selain melakukan beberapa persiapan lain.

"Persiapan biasa sahaja sederhana kerana paling penting kami dapat bersama-sama meraikan lebaran nanti.

"Saya teruja juga kerana ketiadaan suami saya dapat pilih baju untuknya pakai pada hari raya nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahora berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran program berjudul 'Akak-Akak Sangat' bersama Sherry Alhadad.




Sumber: mStar



         ________________________





No comments: