24 June 2016

AWIE SAHKAN DIRINYA SUDAH BERTUNANG



Pelakon dan penyanyi Awie Wings atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman mengesahkan bahawa sekeping gambar menyaksikan dua orang anaknya, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Sharifah Ladyana dalam satu majlis pertunangan pada 3 Jun lalu adalah benar.

"Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar," ujar Awie berhubung perkara tersebut.





Jelas Awie lagi, dia tidak berhasrat mengumumkan majlis pertunangannya yang diadakan di Hotel Vistana Bukit Jambul, Pulau Pinang kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi dalam kalangan keluarganya.

Difahamkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Sementara itu, khabarnya pasangan tersebut juga bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Jika benar Awie dan pasangan bakal berkahwin tahun ini, tahniah kami ucapkan dan semoga segala persiapan dan juga urusan akan dipermudahkan menjelang hari tersebut.

--- IKLAN ---




Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: