24 June 2016

TUNAI UMRAH DI BULAN RAMADAN - SITI NURHALIZA RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, tahun ini saya mendapat peluang untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," demikian kata Dato' Siti Nurhaliza yang bersyukur kerana mendapat peluang untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi pada bulan Ramadan tahun ini.

Difahamkan, Siti bakal bertolak ke Tanah Suci pada esok hari dan akan berada disana selama 10 hari.





"Insya-Allah, saya bakal berangkat ke Tanah Suci pada 25 Jun ini dan pulang semula di Malaysia pada 4 Julai, dua hari sebelum sambutan Hari Raya," jelasnya.

Siti yang sebelum ini pernah memaklumkan untuk berehat dari aktiviti seni pada bulan puasa ini ingin mengambil peluang di bulan yang penuh mulia ini untuk menumpukan perhatian kepada amal ibadah.

--- IKLAN ---



"Selepas bergelar isteri, menjadi impian saya untuk menunaikan ibadah Umrah pada setiap kali tibanya bulan Ramadan. Tahun ini saya sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah.

"Saya mahu mengambil peluang untuk fokus terhadap ibadah yang bakal dilakukan di Tanah Suci disamping merasai keberkatan bulan mulia ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Selamat menjalani ibadah umrah dan semoga segalanya dipermudahkan.




Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: