29 June 2016

DIFITNAH MENINGGAL LAGI - JALALUDDIN HASSAN RASA KESAL



"Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya," demikian kata pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 62, yang sekali lagi berdepan dengan penyebaran berita palsu beliau meninggal dunia yang kini tersebar di laman sosial.

Kata Jalaludin, keadaan itu membuatkan beliau merasa terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita itu buat kali kedua.





Kali pertama Jalaluddin dikatakan meninggal dunia adalah pada awal Oktober tahun lalu sehingga beliau sendiri terkejut melihat berita kematiannya di laman sosial. Bukan itu sahaja, keadaan itu turut membuatkan beliau menerima beribu panggilan daripada keluarga dan rakan yang risau sebaik mendapat tahu mengenai berita palsu terbabit.

Dalam pada itu, Jalaluddin menganggap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyebaran berita palsu ini sebagai rendah budi pekertinya. Baginya, perkara ini benar-benar mengecewakan beliau kerana ia telah menyusahkan banyak pihak terutama keluarga dan teman rapatnya sehingga emosi mereka terganggu.


--- IKLAN ---




Dalam perkembangan terbaru, Jalaluddin baharu sahaja selesai proses rakaman alih suara (dubbing) untuk filem 'Kabali' yang menampilkan legenda filem Tamil, Rajnikanth. Beliau berada di India sejak Selasa dan baharu pulang ke tanah air Ahad lalu.

Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran dalam filem yang dijangka 'hit' bila ia ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.


Sumber: Astro Awani



         ________________________





No comments: