29 June 2016

MAS IDAYU & ELLY SURIATY SERIKAN AF2016



Untuk kesekian kalinya, program hiburan realiti iaitu Akademi Fantasia (AF) yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu bakal bermula pada Ogos ini.

Tetapi bagi AF2016 kali ini, ada kelainan sedikit apabila penyanyi Mas Idayu dan aktres Elly Suriaty diumumkan sebagai tenaga pengajar baru dan juga juri tetap sesi ujibakat program realiti tersebut.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, perlantikan Mas Idayu dan Elly Suriaty adalah berdasarkan latar belakang dan pengalaman dalam industri hiburan tanah air.





"Sedikit kelainan untuk tahun ini di mana dua nama baru telah diperkenalkan dan tidak pernah dibawakan oleh pihak produksi AF sebagai tenaga pengajar.

"Kami telah memilih Elly kerana kita sendiri tahu tentang kredibilitinya dalam bidang lakonan dan pengarahan.

"Saya rasa dah tiba masanya beri peluang kepada bakal pelajar AF2016 untuk belajar seni lakonan pentas daripada seorang bintang yang mempunyai pengalaman seperti Elly.



"Manakala Mas Idayu pula persembahannya dalam Dangsut Star dan juga penglibatannya dalam sebuah program realiti di Indonesia sangat besar.

"Dia juga telah berjaya membentuk seorang penyanyi dangdut baru dan untuk AF kali ini, Mas Idayu akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada di pentas tersebut selain memberi tunjuk ajar kepada mereka.

"Mas Idayu telah dilantik sebagai Guru Persembahan Vokal manakala Elly Suriaty pula adalah Guru Seni Persembahan AF2016," ujarnya dipetik sebagai berkata.


--- IKLAN ---




Selain Mas Idayu dan Elly, bekas pengetua AF2015 Edry Abdul Halim turut kembali pada musim ini sebagai Pengarah Seni Muzik.

Dua lagi tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan AF iaitu Linda Jasmine masih lagi merupakan Guru Tarian & Koreografi dan Shahrol pula selaku Guru Vokal.

Dalam pada itu, kesemua barisan tenaga pengajar tahun ini telah dilantik sebagai juri tetap sewaktu sesi ujibakat yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai depan bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.






Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: