29 June 2016

KAHWIN TAK JADI - RAJA EMA SEKADAR BUAT 'WAYANG'?



Jika sebelum ini, ramai yang meneka bahawa hasrat pelakon dan penyanyi Raja Ema untuk berkahwin sekadar 'wayang' semata-mata, terkini tekaan tersebut menjadi kenyataan apabila artis era 1980-an itu mengakui telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin.

Untuk info, sebelum ini Raja Ema bersunguh-sungguh dikatakan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Namun ia kini hanya tinggal kenangan semata.





Menurut Raja Ema, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah berfikir panjang dan mengambil kira kesan terhadap kerjaya dan anak-anaknya.

"Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu.

"Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Tambah Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 48, dia tidak mahu membuat keputusan untuk berkahwin hanya mengikut perasaannya semata-mata.

"Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.

"Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja.

--- IKLAN ---




"Pada usia ini saya tidak fikir berkahwin sekadar untuk berseronok sahaja, sebaliknya mencari teman hidup yang memahami.

"Saya mahu seorang lelaki yang berkualiti dan boleh menjadi pasangan hidup di saat susah dan senang," jelasnya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal.


Sumber: Mstar


         ________________________





No comments: