30 June 2016

JIWA RASA KOSONG - JULIA ZIEGLER BAKAL KAHWINI JURUTERA



Gara-gara semua kakak-kakaknya beraya bersama suami, Julia Ziegler, atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler bagai terasa kosong di hati. Malah sejak kematian beberapa ahli keluarganya pada tahun lalu, perasaan seronok berhari raya juga semakin hilang.

"Tahun ini kakak-kakak saya semuanya beraya bersama keluarga sebelah suami. Oleh itu, hanya saya bersama kedua ibu bapa yang tinggal, sebab itu rasa agak kosong untuk menyambut raya tahun ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila ditanya kenapa dia tidak berkahwin sahaja sebagaimana kakaknya yang lain, Julia akhirnya mendedahkan rahsia besar yang disimpan selama ini.





"Insya-Allah, jika tiada aral melintang kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

"Cuma masih belum ada sebarang perbincangan muktamad tentang tarikh. Kalau boleh, biarlah pihak lelaki memutuskan soal itu sebab kurang manis jika saya yang cakap lebih.

"Namun, perkahwinan bukan perkara mainan atau mudah.



"Saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan takut tetapi berdasarkan pengalaman yang saya lihat daripada orang sekeliling, rasanya lebih baik bersedia dari awal supaya tidak kelam-kabut kemudian hari," jelasnya.

Selanjutnya, bercerita mengenai perkenalan dan apa yang membuat dia terpikat pada bakal suaminya yang merupakan seorang jurutera mekanikal, katanya usia lelaki itu setahun lebih tua daripadanya. Mereka juga sudah berkenalan selama enam bulan.

--- IKLAN ---




"Saya tertarik padanya kerana sikapnya yang memahami serta mampu membimbing ke arah kebaikan. Saya akui, sebelum ini pernah berasa putus asa dalam soal cinta dan perkahwinan sehinggakan wujud perasaan tidak mahu berkahwin.

"Bagaimanapun, kuasa Allah, siapa boleh menduga. Setakat ini, dia mampu mengawal sikap saya daripada seorang yang kelam-kabut menjadi terurus. Secara tidak langsung perkara tersebut telah membuka hati saya untuk menerimanya dalam hidup," tambahnya.



Sumber: Kosmo- Foto Julia IG



         ________________________





No comments: