30 June 2016

PEMINAT BERANG 'KIMCY' BERLAGAK SOMBONG - INI JAWAPAN STACY



Penyanyi Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy Anam meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyifatkan beliau dan suaminya, Akim Ahmad sombong gara-gara tidak melayan peminat.

Stacy nyata terkejut apabila dituduh sedemikian. Perkara itu membuatkan Stacy menegur peminat berkenaan di akaun Instagramnya.

Katanya, beliau dan suaminya itu sebaliknya seorang yang mesra peminat dan tidak pernah mengabaikan mana-mana individu yang menegurnya jika ditemui di mana-mana sekali pun.





"Assalamualaikum.. terlebih dahulu saya nak cakap yang saya tak de niat nak AIBkan sesiapa. Ye la memang nasib kami ja yang diaibkan. saya tidak pernah marah sampai begini.. Adik ku sayang dah lah ini bulan ramadhan pastu ayat-ayat awak tidak kena dengan penampilan awak..

"Ceritanya, malam tadi kami pergi membeli barang- barang rumah di homepro, memandangkan baru pindah rumah petang tadi.. dikesibukan mencari barang, ramai juga yang menyapa kami dan kami siap buat macam meet and greet lagi depan kedai tu, yalah bersyukur orang-orang yang sukakan kita selalu mendoakan yang terbaik untuk kita, jadi kami memang berbesar hati dan menghargainya sangat, terima kasih Alhamdulillah, ramai juga yang kami jumpa tadi.

--- IKLAN ---




"Macam mana adik ni boleh cakap kita gitu? Maybe kita tak berapa dengar. Walaupun kami menyanyi tapi pendengaran kita sama sahaja tau, tiada yang hebat suara, sampai semut pun boleh dengar. So kesimpulannya saya tak kisah awak nak buruk kan kami tapi saya kesian dan nak nasihatkan awak yang ayat-ayat yang awak pakai tu tak cool atau swag la.. memalukan diri, lagi-lagi dengan penampilan awak.. saya minta maaf jika terkasar bahasa cuma kami juga punya hak.. Hak untuk bersuara.

"Kami manusia juga seperti anda, rasa sakit juga kalau dicarut.. jangan salah gunakan laman sosial untuk mencerminkan perwatakan anda. Kita orang MALAYSIA tiada pegang Grammy Awards pun tak pe.. Awards menghormati antara satu sama lain lagi HEBAT! Selamat bersahur....," ujar Stacy.




Sumber: Stacy IG



         ________________________





No comments: