03 June 2016

INFO - KEMPEN 'KEINDAHAN RAMADAN, KERIANGAN SYAWAL' HYPPTV



Berita baik buat mereka yang mempunyai HyppTV!

Mulai 5 Jun ini, HyppTV akan memberikan saluran berbentuk Islamik secara percuma yang dikatakan lebih menarik iaitu 'Salam HD' menggantikan saluran 'Hikmah'. Sebagaimana Astro Oasis, 'Salam HD' turut menyajikan rancangan berbentuk ilmiah yang lebih komprehensif dan memberi ilmu berguna.





Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Emily Wee, Naib Presiden Pengurusan Perniagaan dan Media, Telekom Malaysia, Di Menara Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, HyppTV juga katanya telah bersedia menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal tahun ini dengan pelbagai rancangan menarik melalui kempen 'Keindahan Ramadan, Keriangan Syawal'.





Sehubungan itu, lebih 1.2 juta pelanggan HyppTV bakal menikmati kandungan baharu yang dibawakan oleh TM di saluran HyppSensasi HD 116 dan HyppInspirasi HD 111.

Antaranya ialah 4 buah drama bersiri, rancangan dokumentari pelancongan, Konsert Ella 2016’, Rockers Raya, Dapur Bujang Ramadan, Chef Mail Masak Bersama Pensonic dan banyak lagi.

Layari laman HYPPTV untuk maklumat lebih lanjut.










GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI



         ________________________





No comments: