03 June 2016

ADIK ACHIK SPIN SAMBUNG PERJUANGAN SENI BERSAMA 'AKHDAN'



Selepas kehilangan sebutir mutiara dipersada seni iaitu arwah Achik Spin pada 2010, kini perjuangannya diteruskan pula oleh adiknya Tajul Arif, melalui sebuah kumpulan nasyid bernama 'Akhdan'. Kumpulan itu turut dianggotai oleh Syafiq (Ceria Popstar) , Affan dan Zakaria M.

Terkini, bagi memeriahkan ketibaan Ramadan, 'Akhdan' muncul dengan single terbaru mereka berjudul 'Setiba Ramadan'.





Lagu tersebut telah dicipta oleh Khairul Daniel, lirik oleh Khairul Daniel sendiri dan Ajie di studio rakaman KDRecord & Studio.

Bagi anda yang mahu mendengar alunan merdu lagu nasyid tersebut, anda boleh menonton video klipnya yang sudah berada di YOUTUBE sejak 25 Mei lalu.






         ________________________





No comments: