02 June 2016

ABBY ABADI BERHASRAT AMBIL ANAK ANGKAT?



Kita sedia maklum bahawa Abby Abadi beberapa bulan yang lalu telah mengalami keguguran sewaktu menunaikan umrah. Berita sedih tersebut disedari olehnya selepas mengalami tumpah darah di Madinah.

Abby bagaimanapun redha dengan ketentuan takdir buat dirinya. Namun, sebagai seorang wanita yang kini bahagia dengan suami tercinta, Jai Ezzany, Abby masih lagi ingin menambah zuriat.





Ia boleh dilihat menerusi laman Instagramnya apabila sejak akhir-akhir ini Abby dan suaminya sering bergambar dengan seorang bayi yang cukup comel yang dikenali sebagai Adib.

Dalam diam, hati Abby terdetik untuk megambil anak angkat dan beliau sendiri ada meluahkan hasratnya itu di IG.

Kalau ambil anak angkat pun apa salahnya bukan? Ada juga selebriti tanah air kita yang mengambil anak angkat. Kalau niat itu baik tentu ia akan dipermudahkan.














Foto: Abby Abadi IG


         ________________________





No comments: