02 June 2016

20 GAMBAR - MIRA FILZAH TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA



Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, ramai selebriti dan artis kita mula mengambil kesempatan ini memilih untuk menjalani ibadah puasa di Mekah termasuklah pelakon drama 'Cinta Si Wedding Planner' Mira Filzah yang mengikut jejak langkah yang sama apabila dia selamat sampai ke Tanah Suci bersama keluarga bagi menunaikan umrah.

Semalam beliau menerusi akaun Instagramnya telah mengumumkan keberangkatannya ke tanah suci bersama keluarga.





Sebelum berangkat malam semalam, Mira menerusi posting yang dimuatnaiknya itu memohon maaf kepada semua peminatnya jika ada tersalah silap laku dirinya kepada mereka yang berkenaan dan turut memohon doa supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Ketika di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), ramai juga peminat dan teman rapat yang hadir untuk menyokong serta berjumpa dengan beliau sebelum berlepas.

Apa-apapun, kami ucapkan selamat menjalani ibadah umrah dan selamat kembali.










GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar



























SEBELUM BERANGKAT





Foto: Mira Filzah IG & peminat Mira Filzah IG


         ________________________





No comments: