02 June 2016

BEKAS ISTERI ALLAHYARHAM MUSTAPHA MAAROF KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 5 pagi semalam, pelakon filem 'Buluh Perindu' pada era 1950-an yang juga bekas isteri kepada Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, Suraya Harun telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital di Brunei akibat barah.

Untuk makluman, perkahwinan bekas bintang filem Cathay Keris Film Productions itu dengan Mustapha dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suzlynna iaitu isteri kepada bekas penyanyi Flybaits, Fredo.




Selepas bercerai dengan Mustapha pada 1965, Suraya berkahwin dengan Pangeran Putera Negara Pangeran Omar dan terus menetap di Brunei hingga akhir hayatnya.

"Ibu mentua saya itu menghidap kanser tahap empat dan mula dirawat di hospital sejak empat bulan lalu.

"Isteri saya memang berada di sana menemani ibunya. Jenazah akan dikebumikan di Brunei hari ini (1 Jun)," ujar Fredo dipetik sebagai berkata.

Al-Fatihah.




Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: