28 June 2016

PERNAH IDAM LELAKI BERUSIA - ERRA AKUI SUKAR TOLAK CINTA SHAHIR



Erra Fazira mengakui dirinya tidak dapat menolak rasa cinta kepada Shahir AF8 walaupun sebelum ini dirinya sememangnya berniat untuk bersuamikan lelaki yang lebih tua. Ini kerana kata Erra, Shahir telah melengkapi ciri lelaki idamannya.

Beza 14 tahun bukan penghalang untuknya menerima Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 28, sebagai calon jodohnya.

Erra bagaimanapun menyerahkan segala kepada Tuhan selain meminta orang ramai melihat perbezaan umur itu daripada sudut positif.





"Saya pernah berniat untuk mencari orang yang lebih tua dan macam-macam lagi, tetapi bila hati terima ciri-ciri (lelaki muda) begini, sukar untuk saya menidakkannya.

"Kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir sahaja, sebab Allah sahaja yang mempunyai kuasa terhadap hati saya,"

"Memang saya lega, bila akhirnya Shahir membuka mulut, dalam masa yang sama mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri.

"Ternyata tidak banyak yang boleh saya kongsi, tetapi ketika ini fasa hubungan kami masih lagi mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain," ujar Erra dipetik sebagai berkata.


--- IKLAN ---



Untuk rekod, Erra pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Perkahwinan pertamanya adalah bersama Yusry KRU pada tahun 2003 sebelum bercerai pada tahun 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kemudian Erra mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran sekitar tahun 2007 tetapi cerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini sudah berusia 7 tahun.

Apa pun, kita doakan semoga perjalanan kisah di antara Erra dan Shahir berakhir ke jinjang pelamin.


Sumber: MMO



         ________________________





No comments: