13 June 2016

PLAT 'F1' KINI MELEBIHI RM1 JUTA - DATUK SERI VIDA 'SAKIT HATI'



"Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati," kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mengenai bidaan nombor pendaftaran 'F 1'.

Difahamkan, nilai bidaan nombor tersebut kini sudah melebihi RM1 juta dan ia disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad, yang menjangkakan ia akan melebihi angka tersebut.





Bagaimanapun, bila ditanya Datuk Vida mengakui dia kini sedang menilai semula bidaannya. Namun dia enggan mendedahkan jumlah sebenar tawarannya bagi nombor pendaftaran itu.

"Saya nak barang tu (nombor pendaftaran 'F 1') tapi jadi mahal pula. Geram saya.

"Dia 'relate' (berkaitan) kepada produk saya Pamoga Qu Puteh kerana sayalah pencetus produk minuman kesihatan lapan tahun dulu.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Saya 'struggle' (berusaha keras) untuk buat minuman kesihatan macam ini. Lepas tu ramai orang ikut, tiru-tiru.

"Formula nombor satu sebenarnya, 'I love to be number one' (Saya suka menjadi nombor satu) dan nak jadikan dia 'number one' sokmo (nombor satu sepanjang masa)," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, bidaan untuk nombor pendaftaran bermula 'F 1' akan tamat esok manakala nombor pendaftaran bermula 'V' bermula 15 Julai nanti.


Sumber: Hmetro



         ________________________





No comments: