28 July 2016

16 GAMBAR - SUASANA 'BACHELORETTE PARTY' IKA NABELLA



"Thank you soooo much girls for the pleasant surprise!" demikian kata pelakon Ika Nabella, 27, yang menerima kejutan daripada rakan-rakannya yang mengadakan 'Ika's Bachelorette Party' baru-baru ini.

Ika yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 itu berkata ketika ini dia dan tunangnya, Muhammad Zaid, 29, berdebar menunggu masa untuk disatukan sebagai suami isteri Sabtu ini.





Manakala majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan sehari di Pulau Pinang selepas acara pernikahan. Pasangan ini ditunangkan pada 14 Mei lalu, juga di negeri kelahiran Ika.

"Saat ini, kami menunggu saja majlis dilangsungkan. Alhamdulillah, saya harap ia akan berjalan lancar dan semoga kami berdua akan berbahagia hingga ke syurga.

"Saya harap, semua dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan bakal suami," katanya sambil memberitahu, segala persiapan menghadapi hari bahagia sudah pun dilakukan.



Menurut Ika, beliau memang merancang untuk melangsungkan hari bersejarahnya di Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan keluarga.

"Insya-Allah majlis bertandang sebelah suami akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai perancangan bulan madu, Ika belum dapat memberikan kata putus berhubung hal itu.

"Ikut perancangan, ada beberapa destinasi yang kami ingin kunjungi, antaranya Amerika Syarikat, Eropah, Korea Selatan atau Jepun. Kalau tiada aral, mungkin kami akan berbulan madu pada September depan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Lagipun selepas bernikah, ada beberapa perkara perlu dilunaskan terlebih dulu. Selain majlis bertandang, adik bakal suami juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan," tuturnya.

Pada majlis pernikahan Sabtu ini, Ika memberitahu, pihaknya akan menghulurkan tujuh dulang hantaran kepada Muhammad dan dibalas dengan jumlah sama.

Beliau turut memberitahu, pihak lelaki menyediakan mas kahwin berjumlah RM1,008. Bagaimanapun, Ika memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.




























Sumber: Berita Harian 
Foto: Ika Nabella IG


         ________________________





No comments: