17 July 2016

37 GAMBAR - MAJLIS PERSANDINGAN AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH



Majlis persandingan Azwan Kombos, 31, dan Ezzaty Abdullah, 26, telah diadakan sejurus selepas majlis pernikahan semalam di Bentong, Pahang.

Manakala bagi majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijadualkan akan berlangsung pada hari ini di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi.

Mengenai bulan madu, Ezzaty dan suaminya itu memilih London dan mereka akan berangkat ke sana pada 20 Julai nanti.





Sebelum memilih denstinasi bulan madu tersebut, Ezzaty memberitahu berlaku perbalahan antarannya dengan suami gara-gara mereka tidak sependapat berhubung lokasi berbulan madu yang ingin dipilih.

Bagaimanapun kata Ezzaty, suaminya itu akhirnya mengalah lalu menyerahkan kepadanya untuk memilih lokasi percutian mereka.

"Saya suka London tetapi Azwan pula gemarkan lokasi yang mempunyai pantai dan kerana itu kami berbalah untuk memilih lokasi bulan madu.



"Bagaimanapun Azwan memberi saya untuk putuskan percutian kami dan Insya-Allah kami akan berangkat ke London pada 20 Julai ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Ezzaty berkata, dia memilih London sebagai lokasi bulan madu kerana pernah melancong ke negara itu sebelum ini dan ingin merasai pengalaman bersiar-siar di sana sekali lagi bersama suaminya.

"Saya suka kota London, jadi saya ingin sekali lagi ke sana dan kali ini ditemani suami pula. Bulan madu seterusnya kami akan pilih untuk bercuti di pantai pula," jelasnya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Sementara itu, Azwan berkata, dia akan membenarkan isterinya untuk meneruskan karier seninya seperti biasa kerana yakin Ezzaty tidak akan melanggar batas.

Bercakap mengenai anak pula, Azwan tidak menolak sekiranya diberi rezeki awal menimang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.

"Perancangan selepas berkahwin tiada yang tertentu termasuk soal anak jika awal lebih baik manakala soal kerjaya Ezzaty pula saya tidak halang kerana itu minatnya. Sebagai isteri saya yakin dia dapat menjaga batas diri agar tidak berlaku fitnah," kata Azwan.






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar

































































Foto: kaki5photo



         ________________________





No comments: