19 July 2016

AMAR BAHARIN & AMYRA ROSLI SAHKAN BAKAL NIKAH NOVEMBER INI



Akhirnya pelakon Amar Baharin dan juga Amyra Rosli memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan zaman bujang mereka pada 11 November ini setelah sekian lama berdolak dalih dengan pihak media serta pernah menafikan dakwaan bahawa mereka bercinta.

Berita gembira buat peminat Amar dan juga Amyra ini telah diumumkan melalui Hlive dan akan mengadakan majlis pertunangan pada 22 Julai ini. Menurut Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada tahun lepas (2015) ketika raya haji.





"Hasil restu daripada pihak ibu bapa saya Amar Baharin dan ibu bapa Amyra Rosli dan keluarga, kami mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang kami bersama iaitu pada 11 November 2016. Itu adalah tarikh yang dipilih bagi kedua belah pihak Amar dan Amyra dan juga keluarga untuk mulakan majlis akad nikah," maklum Amar pada satu sidang media yang diadakan semalam.

"Majlis pertunangan kami akan berlangsung beberapa hari lagi iaitu 22 Julai," ujar Amyra pula.

Tambah Amar, tarikh persandingan mereka telah dipilih namun lokasi majlis pernikahan dan resepsi masih lagi dalam perbincangan.



"Kami akan bersanding pada sehari selepas nikah iaitu 12 November 2016 (sebelah Amyra) dan 19 November di sebelah Amar," jelas Amar.

Apa yang menariknya, kata Amar lagi, tarikh pernikahan tersebut juga adalah tarikh yang sama dengan hari lahir bapa Amyra.

Apa-apapun, kita doakan semoga segala persiapan pasangan ini menjelang hari bahagia berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Hlive



         ________________________





No comments: