03 July 2016

CHE TA & KELUARGA BAKAL 'BERAYA' DI LUAR NEGARA



Bertuahnya kalau bergelar insan bernama Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini. Manakan tidak, setiap beberapa bulan ada sahaja destinasti pelancongan luar negara yang akan dijelajahi oleh keluarga selebriti ini.

Ini kerana pelakon, pengacara, penerbit dan ahli perniagaan ini mendedahkan dia sekeluarga akan pergi bercuti ke luar negara pada musim perayaan. Aidilfitri ini, Che Ta akan bercuti selama sebulan.

"Kami sekeluarga akan terlebih dulu beraya di Kuala Lumpur, seterusnya bertolak ke Kedah pada hari raya kedua. Alhamdulillah, kami tidak pernah ada masalah mengenai isu balik kampung.





"Kami akan kembali ke Kuala Lumpur pada raya keempat, seterusnya bercuti di luar negara sehingga 20 Julai ini. Antara lokasi yang akan dikunjungi seperti Barcelona, Madrid, Cordoba dan banyak lagi. Sekembali ke tanah air, saya bersama Zain dan Aaisyah akan ke Makkah hingga 10 Ogos.

"Di Makkah, selain terikat dengan penggambaran drama, saya juga akan mengerjakan umrah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra berkata yang beliau menyimpan hasrat untuk meraikan 1 Syawal di Tanah Suci Makkah selepas beberapa kali mengerjakan umrah ketika Ramadan.


--- IKLAN ---




Kata Che Ta pada mulanya keinginan itu cuba direalisasikan pada lebaran ini namun ia terpaksa dilupakan kerana terikat dengan penggambaran bersama produksi Zeel Productions selepas Aidilfitri.

"Saya akan ke Makkah selepas raya nanti untuk menjalani penggambaran. Sudah lama saya teringin beraya di Makkah kerana sebelum ini, saya hanya berkesempatan menyambut Ramadan di sana.

"Saya ingin merasai pengalaman baharu kerana sudah terbiasa beraya di ibu kota dan kampung. Siapa tahu, hasrat saya itu mungkin akan dimakbulkan Allah pada raya tahun depan," jelas isteri kepada Zain Saidin itu.


Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: