03 July 2016

SAMBUT RAYA SEDERHANA - NABIL TUMPU IBU HIDAP SAKIT BUAH PINGGANG



Pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memberitahu sambutan Aidilfitri pada tahun ini hanya akan disambut secara sederhana berikutan ibunya menghidap penyakit buah pinggan yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

"Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini.

"Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan," ujar Nabil yang ketika ini sedang menjalani ibadah umrah di Mekah bersama isterinya dan hanya akan pula pada Isnin ini.





Pemergian Nabil dan isteri ke tanah suci juga bagi menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil terbitan Astro Oasis untuk siaran pada Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, Nabil berkata, kebiasaannya ibunya akan sibuk menyediakan pelbagai juadah hari raya namun tahun ini keadaan itu akan berubah.

"Tahun ini kami adik-beradik yang akan sibuk di dapur menyediakan juadah namun akan tetap dipantau oleh ibu," jelasnya.


--- IKLAN ---




Dalam perkembangan lain, Nabil merupakan antara selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Lowery Cruthers.

Filem itu bakal disiarkan dalam versi Bahasa Melayu pada 6 Julai depan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula jam 9 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 413).

Selain Nabil, selebriti yang terlibat ialah Nora Danish, Izzue Islam, Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid, Fara Fauzana, Bront Palarae, Akhmal Nazri dan ramai lagi.

Nabil juga akan muncul dalam beberapa program hiburan sebagai pengacara iaitu MeleTOP Raya, Ceria Pop Star Raya, Gegar Vaganza Raya dan Carta Raya MeleTOP Era, sempena Aidilfitri nanti.




Sumber: mStar



         ________________________





No comments: