03 July 2016

ISU RUMAHTANGGA - SERINA REDZUAWAN 'KUNCI MULUT'



Belum bersedia!

Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, yang kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

"Apabila tiba masa, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya," ujar Serina dipetik sebagai berkata.





Menerusi sisipan B*pop, sumber itu mengatakan bahawa keretakan rumah tangga pasangan berkenaan tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga, sebaliknya ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristen Tareef, 5 dan Isabella Saffiya, 4.

Desas-desus keretakan rumah tangga pasangan itu dikuatkan lagi apabila Serina sudah lama tidak memuat naik foto mereka sekeluarga di laman sosial miliknya, sebaliknya lebih banyak berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakannya dan aktiviti seninya.

Harapan kita moga isu ini dapat diselesaikan secara baik hendaknya.


--- IKLAN ---





Sumber: Berita Harian



         ________________________






No comments: