04 July 2016

DEMI INGIN BERAYA BERSAMA STACY - AKIM BATAL TUNAI UMRAH



Tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama isterinya Umum Syaikhah Stacy Anam yang bergelar saudara baharu pada tahun pertama, Akim Ahmad telah membatalkan rancangannya untuk menunaikan umrah bersama ahli kumpulan Akim & The Majistret pada saat akhir.

Untuk makluman, Akim sepatutnya berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung bulan Jun lalu.

"Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu," jelas Akim.





Dalam pada itu, Stacy pula berkata, walaupun ini bukan kali pertama beliau beraya, tetapi kali ini lebih bermakna apabila menyambutnya sebagai seorang Muslim dan mempunyai keluarga sendiri. Beliau juga teruja menanti pagi Syawal untuk bersalaman dengan Akim dan ahli keluarga lain.

"Kalau dulu saya sekadar beraya, tahun ini saya lebih memahami pengertian Hari Raya itu sendiri termasuklah Ramadan yang merupakan kali pertama saya berpuasa selepas memeluk agama Islam.

"Selama ini saya sering memerhatikan Akim dan keluarganya melakukan tradisi itu dan tahun ini, buat pertama kalinya saya akan bersalaman dengan Akim sebagai seorang isteri dan memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan saya cukup terharu," ujar Stacy dipetik sebagai berkata.




Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: