04 July 2016

NEELOFA TERUJA BERAYA BERSAMA KAKAK DI RUMAH BAHARU



Neelofa kini mampu tersenyum gembira kerana bakal meraikan Aidilfitri di rumah baharu yang dibeli bersama kakaknya, Noor Nabila yang terletak di Bukit Klara, Kuala Lumpur setelah berusaha menjadikan dirinya seorang usahawan dan selebriti tanah air yang dikenali.

"Saya dan kakak kongsi duit untuk beli rumah ini. Rumah ini agak besar untuk tinggal seorang dan kami sempat mengemas rumah. Memang rasa tak sabar untuk tinggal di rumah yang di beli sendiri. Lofa dan kakak memang dari dahulu lagi tinggal bersama. Cuma tak pasti siapa yang akan keluar bila ada antara kami yang berkahwin nanti," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Neelofa turut mengambil kesempatan untuk di musim perayaan ini selepas pulang beraya dari Kelantan.





Kata Neelofa, dia akan bercuti bersama rakan-rakannya di pulau peranginan Koh Samui di Thailand.

"Insya Allah, saya akan berada di Kelantan sehingga raya keenam dan akan ke Koh Samui bersama rakan-rakan selama sembilan hari. Kalau ikutkan saya patut bercuti dengan keluarga ke sebuah destinasi lain, tapi memandangkan mereka ada perancangan lain, maka kami tundakan perancangan itu ke bulan Ogos depan.

"Jadi saya ambil kesempatan untuk pergi bercuti dahulu kerana penat bekerja dari bulan Februari lalu," jelasnya.




Sumber: Rotikaya



         ________________________





No comments: