25 July 2016

DIIZIN BERLAKON SEMULA - HETTY SARLENE MAHU FOKUS RUMAH TANGGA DULU



Selepas disatukan pada Sabtu lalu dengan seorang ahli perniagaan iaitu Daniel Oakes (Dani Aaqil) Sabtu lalu, Hetty Sarlene memberitahu bahawa suaminya akur andai aktres yang pernah hit dengan drama 'Sembilu' terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu mahu berlakon semula.

"Pada awalnya dia tidak tahu saya ini seorang artis, namun sewaktu kali pertama kami keluar dating di Universal Studio Singapura (USS) dia merasa hairan apabila ramai yang mendekati dan mahu bergambar dengan saya. Jadi, sejak itu saya beritahu siapa diri saya.





"Sekalipun sudah lama berehat dan kini sudah menjadi isteri orang, suami saya masih izinkan untuk kembali berlakon. Tetapi, biarlah saya fokus dengan rumah tangga dulu," ujarnya yang juga sudah diberi tawaran untuk berlakon semula di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd.

Ditanya mengenai perancangan anak pula, kata Hetty jika dikurniakan zuriat lebih awal atau lambat, dia dan suami terima.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Kami tidak merancang akan tetapi jika rezeki Allah mengurniakan lebih awal, kami terima dan begitu juga sebaliknya, kalau lambat pun kami terima," katanya yang dalam perancangan untuk berbulan madu ke Iceland dan London pada Oktober depan.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Hetty dan suami kerana sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan hanya sekali lafaz. Semoga segala perancangan selepas ini berjalan dengan lancar.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: