30 July 2016

DIUSIA MUDA - AKIM AHMAD TERINGIN MENIMANG ANAK



Akim Ahmad, 25, yang baru sahaja enam bulan mendirikan rumahtangga bersama Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, sudah bersedia untuk menimang cahaya mata andai dikurniakan awal. Walau bagaimanapun, dek kerana jadual yang agak padat mereka tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana khuatir tertekan.

"Bagi saya di usia muda ini sangat cantik untuk menimang cahaya mata. Namun kita kena akur dengan ketentuan takdir Allah, rezeki dia yang berikan. Jadi, saya dan Stacy tidak mahu terlalu berharap, tambah pula jadual kami padat," ujar Akim dipetik sebagai berkata.





Sementara itu, Stacy berkata berikutan jadual mereka yang padat, jadi tiada perancangan yang dibuat kerana tidak mahu terlalu berharap.

"Bila kita merancang rasanya agak susah, bagi saya sendiri andai diberikan rezeki saya terima dengan baik malah kalau tidak ada pun tidak mengapa," jelasnya.

Menyentuh mengenai karier mereka pula, tidak nafikan rezeki mereka tidak putus-putus. Sebelum ini mereka telah dilantik menjadi duta kepada beberapa syarikat ternama, kini pasangan itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi duta kempen Yeo's Yeogurt #RentakBahagia.



"Sebagai pasangan duta Yeo's Yeogurt yang baru, kami berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini. Malah kami pun sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil, dan kebanyakannya berkaitan dengan Yeo's. Selain itu saya juga yakin dengan kehalalan yang ditampilkan oleh Yeo's," kata Akim.

"Saya pula memang sejak kecil lagi suka dengan minuman Yeo's dan mudah untuk dijumpai di mana-mana. Yeo's Yeogurt ini juga kaya dengan khasiat dan nutrisi jadi sesuailah saya yang memang sentiasa sibuk ini," jelasnya sambil ketawa.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: