30 July 2016

"SAYA TETAP AKAN KEKALKAN 'HUBUNGAN' DENGAN DATO RED" - RUHAINIES



Meskipun banyak gosip yang menghimpit dirinya termasuk baru-baru ini mengenai video mesra bersama Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) sehingga ada yang mengelar dirinya 'perosak' rumah tangga dan juga 'playgirl', Ruhainies memberitahu bahawa dia tetap akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan bersikap profesional dalam setiap urusan kerja bersama usahawan tersebut.

Kerana baginya, video mesra bersama Dato Red tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin diantara mereka.





"Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang.

"Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham," jelasnya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Malah, Ruhainies juga sudah tidak kisah dengan kecaman orang ramai kerana beliau sudah pun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Dato Red.

"Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: BH Plus


         ________________________





No comments: