30 July 2016

ABAM BOCEY DEDAH DIGANGGU LELAKI GILA SEKS



"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi?" demikian kata pelawak dan pelakon, Abam Bocey yang mendedahkan bahawa dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Tidak mahu pisang berbuah kali, pemilik nama penuh Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.





"Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini.

"Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan Facebook," ujar pemenang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini.

Apapun, semoga Abam lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara seumpama ini memang sering terjadi kepada sesiapapun lebih-lebih lagi selebriti.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: