31 July 2016

33 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, IKA NABELLA KINI ISTERI MUHAMMAD ZAID



Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi. Ika Nabella, 27, yang telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam, 29, dengan sekali lafaz pada jam 2.25 petang semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid dalam satu majlis nikah yang diadakan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.





Dalam majlis tersebut, Ika yang juga merupakan bekas bintang program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerima mas kahwin bernilai RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang hari ini, manakala majlis bertandang pula akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini.

Sebelum ini, Ika dan Zaid mengikat tali pertunangan mereka pada 14 Mei lalu di kediaman Ika di Pulau Pinang.





--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar

























































Sumber: Berita Harian
Foto: Ika Nabella IG



         ________________________





No comments: