31 July 2016

AZRINAZ & WAK DOYOK SAH SUDAH BERTUNANG



Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, dan Wak Doyok tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuatnaik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka. Tup-tup terkini, mereka telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, majlis pertunangan pasa­ngan yang bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas.





"Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir.

"Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu," jelas sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan ber­kenaan.

Untuk pengetahuan anda, Azrinaz ialah bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok belum pernah berkahwin sebelum ini.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Wak Doyok IG



         ________________________





No comments: