31 July 2016

KAKAK DICEDERAKAN PEROMPAK - ADIRA LUAH RASA KESAL



"Emma sudah stabil namun masih trauma dengan insiden yang menimpanya hingga menyebabkan dia menerima enam jahitan di kepala dan telinganya juga hampir putus. Wajahnya juga bengkak akibat dibelasah bertubi-tubi," demikian kata Adira Suhaimi, 25, yang kesal dengan tindakan individu yang memecah masuk rumah hingga mengakibatkan kecederaan parah kepada kakaknya, Emma Suhaimi.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi memaklumkan dirinya bergegas pulang ke kampung halamannya di Sabah apabila diberitahu mengenai insiden yang menimpa kakaknya itu.

"Saya seperti merangkak ke lapangan terbang kerana terlalu terkejut apabila dimaklumkan kakak berada di hospital. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.





Pelantun lagu 'Hilang' itu berkata yang dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan kerja mereka.

"Ia dianggap sebagai cubaan membunuh dan saya bersyukur individu yang bertanggungjawab sudah ditangkap polis. Emma sudah melakukan proses pengecaman lelaki yang menyerangnya. Ketika ini, kami hanya menunggu proses perbicaraan di mahkamah saja," jelas Adira.

Emma yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-8 dan deejay sebuah stesen radio tempatan di Sabah cedera di bahagian belakang kepala, telinga, hidung dan pipi.

Rakan serumahnya pula dilaporkan cedera di tangan dan bahagian mata. Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam ketika adiknya bersama rakan serumah nyenyak tidur.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: