22 July 2016

ISU KAHWIN KALI KEDUA - ADI PUTRA BAKAL ADAKAN SIDANG MEDIA



Pelakon Adi Putra menerusi laman Instagram miliknya, memaklumkan yang beliau bakal mengadakan sidang media berhubung pernikahan kali keduanya dengan ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly yang tersebar luas itu.

Dalam masa sama, Adi turut meminta agar pihak berkenaan tidak mencampuri sebarang urusan rumah tangganya dan beliau akan mengambil tindakan sekiranya masih ada lagi yang menjaja sebarang cerita mengenai perkahwinannya.





"Salam, saya akan adakan sidang media untuk penjelasan. Dan saya tetap kotakan janji saya. Cuma saya ingin kenal pasti sumber mana yang memberi keterangan kepada Sudirman Mohd Tahir sedangkan ada baiknya ia datang dari mulut saya sendiri. Dan sumber memberi tak perlu campur urusan rumahtangga saya dan meletakkan sebagai kesian. Diizinkan Allah saya tak ragu ragu mengambil tindakan.

"Kepada semua sahabat rakan media saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih," kata Adi di IGnya.

"Dengan lafaz Bismillah... I'M BACK. I luv my family... I luv my fans... but dun step my family teritory as i won't step people's personal life. My fAith is still with Allah taatpadayangsatu adphotlovers adp1hotlovers.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"People likes, people dislikes, its their choice and we can't force them. Juz comment on ur room wall. Not on my wall. Back to the basic of Islam. akuhalakukauhalkau halallebihbaikdarizina ygsukadieratkanygbencipergilahtanpakenyataan berkahwinlebihdarizina berdiamlebihbaikdarimengumpat.

"Manusia hanya berani di jari untuk tulisan.. bila diajak bersemuka jadi diam... lumrah," tulis Adi lagi.

Sebelum ini, isteri kedua Adi yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya enggan mengulas mengenai berita yang tersebar luas itu. Malah wanita berusia 33 tahun turut berkata yang dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan ketika ini.

Sama-sama kita nanti penjelasan lanjut Adi berhubung perkara ini.






Sumber: Adi Putra IG



         ________________________





No comments: