22 July 2016

RUHAINIES DAKWA 'TERPERANGKAP', DATUK RED KATA ADA 2 KOSONG LAGI



Datuk Red kantoi lagi...! Demikian tajuk email yang kami terima pagi tadi yang mengandungi sekeping gambar seorang lelaki memegang pinggang seorang wanita dan sebuah video pendek.

Awalnya kami hanya menyimpan sahaja kandungan email tersebut, namun apabila beberapa media mula menyiarkannya, kamipun mahu tumpang semangkuk. Heh!

Dan melalui laporan media, pelakon baharu Ruhainies didakwa sebagai wanita yang pinggangnya dipeluk oleh lelaki yang didakwa sebagai Datuk Red itu. Namun begitu, dakwa Ruhainies, dia bagaikan diperangkap apabila videonya keluar bersama suami Adira itu didedahkan pada umum.





Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, dia mengaku ada keluar bersama ahli perniagaan itu pada khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Sebelum ini, Adira dan suaminya Adnan mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa sudah berkahwin di Songkla Thailand Disember lalu.

Selanjutnya, menjelaskan perkara itu, kata Ruhainies mereka (dia dan Datuk Red) sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan berkenaan.

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.

"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain," tambahnya sambil menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk tersebut.

"Saya tidak tahu niat sebenar Adnan yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.

VIDEO YANG TERSEBAR

ATAU KLIK DI SINI

"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," dakwanya.

Dalam pada itu, Datuk Red atau Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

"Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu. Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya.

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.

"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu," jelasnya tanpa berselindung kepada Mstar Online.



         ________________________





No comments: