23 July 2016

"SAYA MAHU NIKAH 'MUSLIMAH' BUKAN RUHAINIES" - DATUK RED



Semalam dunia hiburan menjadi kecoh seketika apabila video Datuk Red dan Ruhainies bermesra dan keluar bersama tersebar di Internet.

Ramai yang tertanya apakah mereka berdua mempunyai hubungan? Iyalah, di dalam video berkenaan jelas memperlihatkan Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies.





Walaubagaimanapun, Ruhanies dalam satu kenyataan mendakwa beliau diperangkap oleh Datuk Red. Ruhainies juga menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai sebarang hubungan dan hanya berjumpa atas urusan kerja.

Namun, Datuk Red juga ada memberitahu yang beliau tidak melihat ada kesalahan untuk dia berkahwin bagi kali ketiga dan dia tidak tolak jika ada jodoh dengan Ruhainies dan mengakui beliau tidak dapat menahan daripada bermesra dengan Ruhanies.

Tetapi kali ini berbeza apabila Datuk Red dalam satu kenyataan terbarunya berkata bahawa Ruhainies bukanlah pilihan beliau untuk dijadikan isteri ketiga.



Ini kerana menurut Datuk Red, beliau mahu isteri ketiga adalah seorang yang mempunyai imej wanita muslimah.

"Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Pada masa yang sama, Datuk Red juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau adalah dalang disebalik penyebaran video serta gambar mesra berkenaan dan sengaja ingin perangkap Ruhainies.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Jelasnya, mustahil untuk beliau sendiri berbuat demikian memandangkan hanya akan menjatuhkan imejnya sahaja.

"Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular.

"Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira. Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka," jelasnya.


Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: